MIG versus GASLESS MIG – Apa Perbezaan Kedua Alat Ini

Hari ini saya nak bercerita sikit ilmu jalanan tentang alatan mengimpal MIG. X reti nak cerita sejarah asal usul dan kejuruteraan alat mengimpal ni. Apalagi istilah2 yang betul untuk pencerahan. Sebut apa yang faham sahaja. Saya tau pakai jer. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ selalu terbaca dalam group Tukang Apa Hari Ini persoalan mengenai pengimpal MIG tanpa gas. Ada yang nak tahu perbezaannya. Adakah ia alat berasingan atau tidak.

 

ย  ย  ย 

 

Jawapannya tidak. Alat pengimpal MIG dengan gas atau tanpa gas adalah alat yang sama. Perbezaannya samada anda memilih untuk menggunakan gas atau tanpa gas. Maksudnya. Alat pengimpal MIG jika kita xnak guna gas. Matikan sahaja gas dan tukar wayar pengimpal kepada jenis wayar untuk kegunaan tanpa gas. X perlu alat berasingan. Ianya bukan sahaja boleh ditukar kepada fungsi mengimpal MIG gasless atau gas tetapi kepada fungsi mengimpal mengunakan elektrod(MMA) atau juga kepada fungsi mengimpal TIG. Tukar beberapa komponen atau bahan sahaja.

Sebelum tu cerita sikit dulu fungsi gas ini. Gas yang digunakan ialah CO2-carbon dioxide-karbon dioksida. Gas ni anda boleh hasilkan sendiri kerana tubuh badan manusia menghasilkan sisa karbon dioksida daripada proses mencerna oksigen. Tettttttt. Saya gurau. Kita x hasilkan sendiri. Jenuh kau nak paksa anak bini tiup gas karbon dioksida yang bersih tanpa campuran gas lain ke tangki. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ panjang sangat nak taip ni. Ok CO2 berfungsi melindungi wayar kimpalan semasa proses peleburan/pembakaran kimpalan daripada sisa pencemaran lain supaya mendapat hasil pembakaran yang cantik dan lancar.

 

Seperti juga jenis kimpalan zaman saya kanak2 dulu yang menggunakan elektrod(MMA) disaluti lapisan pelindung. Kita bertukar kepada kimpalan MIG kerana boleh menghasilkan kimpalan yang lebih bersih. Tanpa sisa dari bahan pelindung elektrod dan wayar.

Gasless MIG ini adalah alat sama dengan MIG. Bezanya ia tidak menggunakan gas. Tetapi menggunakan wayar yang sudah tersedia disadur dengan lapisan pelindungnya. Jadi jika anda mahu menggunakan gasless MIG. Jangan risau jangan gusar. Beli sahaja alat pengimpal MIG yang menggunakan gas dan gunakan wayar untuk gasless. Kecuali anda mahu menjimatkan kos pembelian alatan mungkin kerana anda tidak kerap menggunakan alatan ini. Boleh beli alatan berbeza. Gasless MIG sahaja tanpa fungsi MIG gas biasa. Tetapi ada pro dan kontranya juga.

 

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

1. Harga

MIG-Mahal. Untuk set macam saya punya ni harga complete set termasuk tong gas kecil dan regulator lebih kurang RM1400.00

Gasless-harga dibawah RM500.00

Wayar MIG-RM48.00 0.8mm 5kg(setiap 5kg wayar memerlukan penggunaan gas sebanyak 2 tong

Wayar gasless-RM1++ 1.0mm 5kg

2.ย  Penggunaan

MIG-Kimpalannya lebih “clean” tanpa sisa flux dan lebih tipis. Cahaya tidak terlalu terang. Tidak berasap dan kurang sisa gas tercemar serta kurang bising.

Gasless-Kimpalan menggunakan gasless sangat kasar. Sisa flux dan spark kasar. Bagi yang mahir menggunakan kimpalan dulu2 macam elektrod. Pasti tiada masalah dengan ini. Tetapi bagi saya yang amatur. Memang masalah problem.

Kimpalan gasless juga menghasilkan bunyi peleburan yang lebih bising. Haba yang lebih panas,gas sisa pembakaran yang lebih tercemar,asap lebih banyak dan cahaya yang lebih terang daripada kimpalan Mig bergas.

 

Saya memiliki 2 unit alatan MIG ini. 1 saya gunakan gas dan 1 lagi tidak. Bukanlah kerana saya banyak duit nak beli banyak2 tetapi alatan ini saya kerap gunakan. 2 mesin berjalan menjimatkan masa bekerja. Dan paling penting bila kehabisan gas. Saya boleh gunakan MIG gasless untuk teruskan kerja mengimpal. Kedua alatan ini bersaiz kecil untuk kerja lapangan/outdoor/out station.

3. Kesan shock pada mata dan kulit

MIG-Kurang kesan alahan pada mata dan kulit dan tidak secepat serta seteruk kesan daripada penggunaan gasless MIG.

Gasless-Kesan berpasir pada mata seperti menggunakan elektrod disebabkan sisa pembakaran kimpalan gasless menyamai pembakaran kimpalan jenis elektrod. Asap yang banyak,haba yang lebih panas,cahaya yang lebih terang dan sisa gas pembakaran yang lebih pekat. Teruk oiii. Cepat betul mata bengkak,kulit mengelupas.
Eh habis dah? Sekian

 

Follow fb saya untuk update terkini hasil-hasil kerja saya @zuryatabadi

 

ย  ย  ย 

ย  ย ย 

ย  ย 

 

Baca juga -

Baca juga

Related Posts

CARA MEMILIH PELAN RUMAH IDAMAN

Ia memerlukan banyak masa dan usaha untuk memilih pelan rumah yang sesuai untuk gaya hidup dan keperluan keluarga anda, tetapi mengetahui apa yang harus dicari

Receive the latest news

Subscribe To Our Weekly Newsletter

Get notified about new articles