Dapur Basah Rekabentuk Dalaman Gaya Industrial

Gaya perindustrian minimalis dan kasar dalam rekabentuk dalaman menjadi semakin relevan untuk kediaman dan juga premis perniagaan. Pembuatan dan fungsi telah mengambil kedudukan dominan dalam seni bina. Gaya industri dalaman mungkin yang paling jujur. Tunjukkan semua yang tersembunyi adalah elemen utama gaya ini.

Reka bentuk dalaman industri adalah gaya yang agak spesifik dari segi bahan yang digunakan, bentuk dan warna geometri. Ini menghargai tekstur yang kompleks, menekankan kekasaran, penuaan dan ketidaklengkapan tertentu. Seni bina dikuasai oleh fungsi dan pembuatan yang tinggi.

Mari ikuti perkongsian dari pemilik kingxconstruction.com untuk projek dapur dirumahnya sendiri

RAW INDUSTRIAL CONCEPT

Mula buat awal PKP hari tu. Semalam siap. Haaaaaa. Senang hati.

Mana yang minat. Minatlah. Konsepnya kasar. Berterabur. Tapi menarik. Warna asli simen,besi,bata. Tambah aksesori yang rencam. Warna pon ikut suka. Tetap nampak menawan. Kos. Keras juga la sebab orang tu beli sinki dan water tap saja 1k lebih. Lain-lain barang banyak beli kat Ikea sebelum PKP.

Kalau rajin buat sendiri. Pasti jadi. Asah bakat dan akal. Selebihnya kena ada alatan sesuai terutama mesin pengimpal. Saya pon tak pandai mengimpal. Tak pernah mengimpal. Selalu pekerja saya yang buat kerja mengimpal. Tapi dengan MIG. Insha Allah boleh. Belajar dari google,youtube,group TAHi. Selebihnya ialah daya kreativiti dan kemahiran yang sedia ada.

Dapur ni dapur tambahan. Sebab dapur utama tu tak selesa nak guna. Banyak yang tak kena. Ialah. Tukang sebelum ni tak dapat realisasikan kehendak orang tu. Sedikit perkongsian bersama. Akhirnya.

Ruang kecil sahaja. Keluasan cuma lebih kurang 10’x8′. Mudah kata orang dapur. Duduk membawang kat counter bar. Pusing belakang capai sudip,water tap. Kalau ruang sedikit lebih besar boleh masukkan oven sekali kat ruangan ni.

Kosnya? Untuk bahan dan aksesori sahaja 7.5k. Agak mahal untuk berDIY. Ialah. Beli bahan dan aksesori mahal.

Masa membinanya hampir 20 hari berseorangan. Termasuk hari cuti mata bengkak dan kulit melepuh dek bahana MIG.

So please use proper equipment and tool. Jangan degil.

 

Mesin ABC manual dan lampu pump tak dapat letak lagi sebab PKP takleh rentas daerah balik kampung nak ambik.

Ada orang tu sampai pukul 2am still kat dapur. Punyalah feeling.

Layannnnnnn.

Ikuti kemaskini projek ini secara terperinci:

Cadangan membina counter bar di dapur basah yang berkonsepkan ‘industrial’/’raw’.
Saya mahu membina ‘concrete top bar’ yang hanya setebal 2″ maksima. Bersudut kotak. Jadi, ianya seperti tidak kena apabila kaki ‘counter bar’ ini lebarnya 4″, sedangkan tebal ‘top bar’ hanyalah 2″.

Mari kita rajin-rajinkan diri membelah batu bata ni kepada 2 bahagian. Kreatiflah kononnya. Kekuatan? Janganlah dirisaukan, kerana kekuatan bata ini setelah diterap sememangnya kukuh kecuali anda berniat hendak merobohkannya. Tambahan pula lebar dan tingginya tidak melebihi daripada yang sepatutnya.

Pada mulanya saya meletakkan muka bata yang asal ini di sebelah luar ‘counter bar’. Apabila sudah naik separuh. Alamak. Muka bata bekas belahan tadi lebih menariklah pula. 🥰🥰🥰. Hendak dilerai semula dan terbalikkan mukanya terasa semacam malas. Jadi kita teruskan sahaja dengan rancangan asal.

Kemudian nanti tidak perlulah rasanya dilepa bahagian dalam ‘counter top’ ini. Raw(saya tidak tahu terjemahan tepat bagi perkataan raw ini) ini indah. Ingatkan mudah hendak membina binaan ‘raw’ begini. Yang ada kelihatan cacatnya tapi sebenarnya cantik dan nampak asli. Rupanya susah juga.
Projek kali ini kita ada ‘table top’ sinki dan dapur memasak. Kabinet besi dengan jaring ‘expended’. Pintu kabinet bawah dari kayu pallet atau papan lapis biasa. Dinding ruangan dapur basah pula dengan tekstur simen(kita lepa semula dinding asal yang sudah bercat dengan kemasan simen lapisan asas dan simen lapisan kemasan). Jeriji keselamatan juga dari gabungan jaring regangan dipadankan dengan tingkap atas dari kaca jernih berbingkai aluminium jenis gelongsor.

Nanti bila sudah siap saya akan kemaskini semula gambar-gambar kemajuan projek kecil saya di dapur basah ini.
Saya kemaskinikan pada hantaran status yang sama. Tunggu……
Itu dia gaya menaip sudah diperbaiki mengikut piawaian bahasa buku. Harap Cikgu BM bagi saya markah untuk karangan hantaran status saya ini.
🤭🤭🤭

#kemaskini

 

 

-05 Jun 2021 -#01
Selesai melepa dan melicin simen konkrit di bahagian permukaan ‘counter top’ dan bahagian paling bawah ‘table top’.

 

   

-06 Jun 2021 -#02
Hari ini kita leraikan jeriji keselamatan lama dan mula membuat kerja kimpalan. Saya bukan seorang tukang kimpal. Tapi nampak elok jugalah hasil kimpalan saya selepas saya canai. Yang penting siku dan sambungan besi lohong rata 😝😝😝. Saya mula dengan mengimpal jeriji keselamatan dahulu. Jangkaan hari ini siap mengimpal kesemuanya dan buat kerja mengecat secara konvensional.

 

-07 Jun 2021 -#03
Semalam saya siap kerja mengimpal dan mengecat jeriji keselamatan baru. Sekadar menggunakan cat anti karat itu pun tidak menyeluruh. Saya cat secomot yang boleh kerana konsep saya nak buat ialah raw/kasar. Selepas ni saya akan terus catkan cat ‘clear gloss’ untuk mengelakkan besi dari berkarat di kemudian hari. Jaring regang ini saya x catkan sebarang cat anti karat. Terus kepada cat ‘clear gloss’. Petang ni kita pasang ya. Kerangka tingkap aluminium pon saya dah pasangkan pagi tadi. Tasabanyeeeeeee.

 

-08 Jun 2021 -#04
Apa saya buat hari ni? Hari ni gigih memotong,mengimpal dan menggosok besi lohong. Yang ni saya buat almari untuk set kabinet dapur. Kerangka dah siap sekali pintu. Tinggal pasang jaring regangan dan ACP. Baru 1 bahagian dari set kabinet dapur basah saya.

-09 Jun 2021 -#05
Dapat siapkan rak pinggan. Makin teruja dah ni. Sedikit demi sedikit sudah mula memasang kelengkapan dapur kita. Saya memang pakai besi besar dan tebal. Berat memang berat. Kasar la katakan.

 

-11 Jun 2021 -#06
Ada orang tu x sabar pasang aksesori dapur dia 😂😂😂. Semalam kita cuti, hari ni baru sambung semula kerja kita.

 

12 Jun 2021 -#07
Dapat selesaikan bahagian dapur orang tu hari ni. Tinggal separuh bahagian counter top. Rak gelas dan rak periuk Dessini katanya. 1 almari mini dalam proses.

 

-13 Jun 2021 -#08
MC. Mata berpasir. Kulit muka melepuh gara2 mengimpal malas pakai topeng pelindung.

-14 Jun 2021 -#09
Dapat buat rak gelas dan pasang kipas industri saiz kecil sahaja hari ini.

 

 

-16 Jun 2021 -#10
Buat 2 set pintu untuk table top. 1 set pintu 2 daun. 1 set lagi pintu sedaun. Baru siap kayu untuk set 2 daun.

 

-18 Jun 2021 -#11
Sehari 1 barang dapat buat. Ada lagi banyak belum pasang. PKP masih panjang. Pasang pintu bawah table top hari ini. Belum di cat lagi.

-19 Jun 2021 -#12
Dessini dah susun. 😘😘😘

 

 

-20 Jun 2021 -#13
Haaaa. Settle. Puas.

Baca juga -

Baca juga

Related Posts

CARA MEMILIH PELAN RUMAH IDAMAN

Ia memerlukan banyak masa dan usaha untuk memilih pelan rumah yang sesuai untuk gaya hidup dan keperluan keluarga anda, tetapi mengetahui apa yang harus dicari

Receive the latest news

Subscribe To Our Weekly Newsletter

Get notified about new articles